Followers Belog

TSUNAMI DI NEGARA MATAHARI TERBIT (JEPUN)








TOKYO : Gempa Bumi pada kadar 8.9 magnitud melanda Jepun pada awal petang 11/03/2011..Ombak besar setinggi 10 meter melanda beberapa bandar kawasan pantai negara itu.Kejadian ini telah meragut banyak nyawa namun jumlah angka dan statistik sebenar kematian belum diperoleh dari kawasan yang dilanda bencana ini di  Pulau Honshu.

Ombak setinggi 10 meter dilaporkan melanda Sendai di Timur Laut Miyagi Pulau Honshu.Ini telah mengakibatkan kapal , kereta dan sisa runtuhan dihanyutkan ke kawasan bandar.

Gempa bumi yang terjadi pada waktu yang sama telah mengegarkan bangunan di Tokyo yang dihuni seramai 30 juta  penduduk Jepun.Enam kes kebakaran dilaporkan akibat daripada gempa dan siren kecemasan dibunyikan dan orang ramai berpusu-pusu keluar untuk menyelamatkan diri masing-masing.

Gempa bumi berlaku pada jam 2.46 petang ( 0546 GMT ) selama dua minit dengan gempa pertama kira-kira 400 kilometer di Timur Laut Tokyo dan diikuti beberapa gempa susulan antaranya sekuat 7.1 magnitud.Lebih 300 rumah di bandar Ofunato turut musnah sama sekali.

Ombak besar juga memusnahkan apa saja yang ada di laluannya, termasuk kapal kontena, kenderaan dan ladang.

Kerajaan berkata, gempa yang dapat dirasakan sehingga ke Beijing itu menyebabkan kerosakan besar-besaran.

Di Sendai, imej televisyen menunjukkan ombak berlumpur bergerak ke darat pada kelajuan tinggi dan memusnahkan kawasan kediaman berhampiran Sungai Natori.

Pegawai kerajaan tempatan di Miyagi, Ken Hoshi berkata, dia tidak pernah melihat bencana seburuk itu.

Di Tokyo, sejumlah kecederaan dilaporkan apabila bumbung bangunan dewan runtuh ketika majlis penganugerahan ijazah berlangsung.

Di ibu negara Jepun itu juga, asap dilihat berkepul-kepul di sekurang-kurangnya 10 lokasi ketika penduduknya mengalami gangguan elektrik.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran tsunami menyeluruh sehingga ke Amerika Selatan, New Zealand dan Hawaii, menyebabkan pihak berkuasa mengarahkan orang ramai menjauhi pantai.

Pertubuhan Palang Merah pula mengingatkan, tsunami di antara empat dan 10 meter boleh menenggelamkan sebahagian daripada pulau yang ada di laluan ombak itu.

Sementara itu, kerajaan berkata, tiada sebarang kebocoran radiasi dikesan di loji nuklear di Onagawa walaupun ia terbakar.

Seorang pegawai kerajaan tempatan di Kurihara, Miyagi, berkata gegaran itu sangat kuat sehingga pekerja di situ terpaksa berpaut untuk mengelak daripada jatuh.

“Kami tak boleh keluar dari bangunan dengan segera kerana gegaran itu berterusan,” katanya.

Perdana Menteri, Naoto Kan, mengadakan mesyuarat tergempar sejurus selepas bencana itu berlaku dan kerajaan menghantar kapal tentera ke Miyagi untuk memberikan bantuan.

Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang (1.46 petang waktu Malaysia) selama dua minit.

4 ulasan:

  1. semoga ini menjadi peringatan pada semua imat Islam..

    BalasPadam
  2. Semoga ALLAH melindungi saudara Islam kita kat sane. Aminn~

    BalasPadam
  3. kini mereka bimbang akan tersebarnya radiasi dari loji nuklear..
    semoga semuanya selamat...

    BalasPadam
  4. tanx follo , sy taley na tinggl mcj kat sh0utmix chat akk , tr0s grab . maaf ea kakk , f0llo akk kembali

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala yang Tercatat di Atas Adalah Hak Milik HerlenaEina