Followers Belog

10 Perkara Lelaki Perlu Tahu Tentang Wanita

JOM KITA KAJI YERK !!!
1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja,INGIN Dibelai dan mendapatkan perhatian.
2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang2 ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui..bila mereka yakin dgn org yg mreka sygi mreka akn ikhlas mlakukan ap2 shaja.... tnpa mminta ap2 balasan....
5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
6. Perihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
10. Seks : SEKS bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi LELAKI adalah membimbing WANITA  dan bukan menghanyutkannya!!!.
Dengan INFO yang aku rasa agak bagus la walaupun masih ada kekurangan di dalamnya para lelaki di luar sana dapat la mengetahui serba sedikit mengenai wanita ni dan aku bercakap untuk berpesan pada diriku sendiri supaya lebih menyayangi kaum wanita di masa² akan datang kerana aku juga pernah dikecewakan..
Sebelum aku mengakhiri entri pada kali ini aku tetap ada menyediakan madah untuk kita renung-renungkanlah bersama..
“Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH s.w.t. dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”....





0 comments:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala yang Tercatat di Atas Adalah Hak Milik HerlenaEina